Tidak Perlu Risau Lagi Kalau Tiada Pelanggan — 5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

“90% pelanggan membuat kajian secara online terlebih dahulu sebelum ke restoran tersebut — lebih daripada perniagaan lain di luar sana.” – UpServe

Statistik ini membuktikan betapa pentingnya maklumat yang restoran anda sampaikan kepada pelanggan.

Segalanya bermula dengan strategi pemasaran perniagaan anda.

Sebuah strategi pemasaran restoran yang efektif boleh membezakan sama ada perniagaan kedai makan mampu berdaya saing ataupun jatuh pada bila-bila masa sahaja.

Adakah anda mempunyai ilmu yang cukup untuk memasarkan perniagaan kedai makan anda dengan efektifnya, walaupun dengan bajet yang rendah?

Mungkin kita dah biasa dengar:

Nak uruskan bisnes restoran ni sangat besar tanggungjawabnya. 

Sama ada anda telah berada di dalam industri ini bertahun-tahun lamanya atau anda baru sahaja mengorak langkah untuk membuka sebuah kedai makan, anda mungkin biasa dengar statistik ini:

 80% restoran yang baru dibuka tidak akan bertahan lebih daripada LIMA tahun.

Eh kenapa pulak?

Masalah utama yang dihadapi oleh mereka adalah disebabkan ketidakupayaan mereka untuk menarik pelanggan datang sejak mereka mula beroperasi. 

Macam mana nak elak perkara yang sama berlaku dengan perniagaan restoran anda? 

Dapatkan ilmu marketing yang efektif dan labur tenaga, masa dan wang untuk praktikkan ilmu tersebut ke dalam perniagaan anda. 

Jom kita lihat apakah rahsia pemasaran restoran secara online yang anda boleh praktikkan.

1. Kenali Sasaran Pelanggan Anda

Antara langkah yang biasa pemilik restoran tidak lakukan adalah untuk memahami siapakah sasaran pelanggan mereka.

Laman Web Restoran Tavernify -5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Kami jadikan ini sebagai tips yang pertama kerana ia memberi impak yang langsung kepada kejayaan atau kegagalan setiap usaha yang anda lakukan untuk memasarkan bisnes kedai makan anda.

Perkara pertama yang anda lakukan sebelum menubuhkan sebuah restoran adalah untuk membuat perancangan perniagaan kedai makan anda. 

Sasaran pelanggan adalah salah satu elemen utama dalam sebuah perancangan perniagaan. 

Tanpanya, restoran anda tidak mempunyai hala tuju yang tepat. 

Ini termasuklah apa hidangan yang ingin disediakan atau bagaimana anda ingin hias restoran supaya sesuai dengan sasaran pelanggan anda.

Teliti penduduk sekitar restoran anda, kenali gaya hidup mereka, adakah mereka makan pedas atau tidak, suka makan di dalam bilik penghawa dingin atau suka lepak di luar bersantai sambil menghirup udara segar. 

Perkara-perkara sebegini memudahkan untuk anda membuat perancangan bagaimana anda ingin reka susun atur restoran anda seterusnya membuat strategi pemasaran untuk menarik mereka datang.

Apabila anda tahu siapakah sasaran pelanggan anda, alat-alat pemasaran seperti perkongsian media sosial, ayat copywriting, Facebook Ads dan lain-lain menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan kerana anda tahu secara jelas siapakah sasaran pelanggan anda.

2. Wujud secara Online

Kita semua tahu betapa pentingnya untuk wujud dalam platform online. 

Laman Web Restoran Tavernify -5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Seperti statistik yang kami rujuk pada awal artikel ini, pengguna internet mengharapkan enjin pencari seperti Google untuk mendapatkan segala informasi yang mereka perlukan. 

Dan itu termasuk untuk mencari tempat makan yang menarik bagi mereka.

Kewujudan secara online bukanlah suatu pilihan lagi tetapi telah menjadi kewajipan bagi setiap perniagaan kedai makan. 

Tanpa wujudnya jenama restoran anda di platform online seperti laman web atau laman media sosial, anda akan kerugian ribuan atau puluhan ribu ringgit akibat sasaran pelanggan tidak menjumpai restoran anda.

Kebergantungan pengguna internet terhadap platform online kian bertambah saban tahun. 

Jadi, sebagai pemilik perniagaan, anda harus mengambil peluang ini untuk menarik mereka datang ke restoran anda. 

Semua ini boleh terlaksana  apabila restoran anda berada di dalam radar pencarian mereka secara online.

Pastikan anda mempunyai laman web yang professional atau laman media sosial seperti Facebook atau Instagram yang lengkap profilnya untuk memudahkan sasaran pelanggan mencari anda.

Bina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan. 

Strategi ini bukan sahaja menarik minat penduduk sekitar restoran untuk datang, malah mampu menarik bakal pelanggan dari seluruh Malaysia dengan memanfaatkan kuasa pemasaran internet tanpa batas ini.

3. Pemasaran Pelbagai Platform

Mempunyai kewujudan secara online sahaja tidak cukup jika tiada sinergi antara suatu platform dengan platform online yang lain. 

Teknik pemasaran seperti ini digelar sebagai “multi-channel marketing”. 

Laman Web Restoran Tavernify -5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Di mana anda menggunakan lebih daripada satu platform untuk capai ke sasaran pelanggan. 

Jangan laburkan duit anda pada satu platform sahaja kerana setiap platform mempunyai kelebihannya sendiri. 

Platform seperti laman web restoran sendiri terkenal dengan keupayaan untuk membina jenama dan kredibiliti restoran anda. Manakala laman media sosial sering digunakan untuk menarik pelanggan ke jenama anda

Apabila kedua-dua platform ini digabungkan, ia menghasilkan pulangan yang sangat lumayan!

Sebagai contoh, apabila anda mempunyai laman web, penulisan artikel dalam laman web tersebut tidak akan memberi pulangan kepada anda secara langsung jika tiada pelawat yang membacanya.

Bagaimana pula ingin anda dapatkan pembaca? 

Melalui perkongsian artikel tersebut kepada platform-platform yang lain seperti Facebook atau Twitter.

Jika sasaran pelanggan anda adalah orang muda, mereka kemungkinan banyak bersosial di Instagram. Maka, pastikan anda juga sebarkan perkongsian anda daripada Facebook ke Instagram anda untuk memperluaskan lagi capaian perkongsian tersebut.

Pastikan anda tahu di manakah sasaran pelanggan berada dan manfaatkan sepenuhnya platform-platform tersebut. 

Meskipun begitu, setiap platform mempunyai gaya penulisan dan penyampaian tersendiri. Seperti penulisan artikel yang panjang mungkin sesuai di Facebook tetapi tidak di Instagram atau Twitter. Jadi, pastikan anda berkongsi pada kaedah yang sesuai dengan platform yang anda gunakan.

4. Gambar Makanan yang Menarik

Restoran anda mempunyai personaliti tersendiri dan gambar makanan boleh melontarkan personaliti tersebut ke hadapan pelanggan.

Di dalam medan yang penuh dengan persaingan, penting untuk restoran anda menangkap perhatian sasaran pelanggan. 

Gambar makanan yang kelihatan sedap dan mengiurkan sudah pasti membuat bakal pelanggan terasa lapar.

Seterusnya? Mereka ajak kawan dan keluarga mereka untuk ke restoran anda.

Laman Web Restoran Tavernify -5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Tips yang paling penting dalam menghasilkan gambar menarik adalah dengan mendapatkan pencahayaan yang baik.

Pastikan gambar yang anda ambil itu terang dan menunjukkan setiap bahan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan tersebut.

Setiap kali chef atau tukang masak anda siapkan makanan, pastikan ada seorang yang ditugaskan untuk pengambilan gambar setiap hidangan.

Seterusnya, kongsikan gambar tersebut ke laman web dan juga laman media sosial. 

Bila kita bercakap tentang penggunaan gambar makanan yang cantik untuk menarik pelanggan, perkara yang sentiasa perlu diingat adalah setiap perkongsian gambar tersebut melambangkan personaliti, jenama dan cita rasa masing-masing. 

Maka, sebelum berkongsi, pastikan setiap gambar yang anda ingin kongsikan itu berkualiti tinggi. Ia secara tidak langsung akan melambangkan tahap kualiti restoran anda juga.

5. Bajet untuk Pemasaran Online

Pemasaran Online, seperti semua peralatan dan perkakasan restoran anda, ianya juga memerlukan duit.

Laman Web Restoran Tavernify -5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Walaubagaimanapun, tidak seperti duit yang dilaburkan kepada peralatan dapur, pemasaran online boleh dilaburkan ke pelbagai kaedah pemasaran, bergantung kepada bajet dan sasaran pelanggan anda. 

Kami faham, kepelbagaian pilihan ini membuatkan anda sukar untuk memilih platform pemasaran yang paling baik untuk membina strategi pemasaran yang efektif dan mengelakkan daripada membuat pelaburan yang salah.

Salah satu tips yang baik adalah untuk membuat bajet pemasaran sebanyak 3% – 6% daripada setiap hasil jualan

Jika anda baru ingin bermula, peratusan tersebut adalah berdasarkan anggaran hasil jualan anda. 

Ada yang menyebut peratusan tersebut wajib diikuti dan ada juga yang kata ia hanyalah panduan sahaja. 

Walaubagaimanapun, jika anda berada di luar 3%-6%, pastikan anda mempunyai justifikasi yang baik kenapa anda kurang atau lebihkan bajet pemasaran online anda. 

Contohnya, mungkin anda perlukan bajet yang lebih untuk memastikan restoran anda mendapat liputan media (viral) yang banyak dalam jangka masa yang pendek, maka mempunyai bajet melebih 6% daripada hasil jualan boleh dianggap sebagai pelaburan yang baik.

Ini adalah salah satu contoh yang anda boleh laksanakan untuk menentukan berapakah bajet yang anda boleh tetapkan dalam melaksanakan pemasaran online. 

Walaupun sedikit, pastikan restoran anda mempunyai bajet tersebut. Tanpa pemasaran online, ramai daripada sasaran pelanggan anda tidak akan tahu tentang kewujudan kedai makan anda.

Konklusi

Jadi anda telah pelajari beberapa tips pemasaran untuk perniagaan kedai makan, di sini kami ingin menekankan perkara berikut:

  • Pastikan anda tahu siapakah sasaran pelanggan anda. Pelajari tentang mereka dan kenali apakah yang mereka mahukan.
  • Kewujudan online adalah WAJIB bagi setiap restoran. Pastikan anda mempunyai laman web tersendiri atau paling kurang laman media sosial untuk membina reputasi anda di peringkat online.
  • Guna lebih dari satu platform. Teknik ini memastikan anda mampu mencapai sasaran pelanggan dengan tepat dan mengambil manfaat daripada keistimewaan setiap platform tersebut.
  • Kualiti perkongsian gambar makanan melambangkan kualiti restoran anda. Pastikan anda hanya berkongsi gambar yang berkualiti tinggi sahaja.
  • Sediakan bajet untuk pemasaran online dan pastikan bajet tersebut tidak lebih atau tidak kurang untuk membina jenama dan menarik pelanggan datang ke restoran anda.

Dengan tips-tips pemasaran ini, kami percaya anda berada di dalam landasan anda yang baik untuk membawa perniagaan kedai makan anda lebih jauh. Dan jangan lupa, perlaksanaan adalah segalanya!

Anda mempunyai sebarang soalan? Tulis di ruangan komen di bawah! 

Tavernify membantu menarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran anda dengan rekaan laman web yang premium dan eksklusif. Setiap elemen yang digunakan untuk rekaan laman web tersebut direka khas untuk memberi imej online yang selari dengan perniagaan fizikal anda. Berminat untuk membina laman web restoran bersama kami? Klik di sini untuk ketahui pelan yang kami sediakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top