Laman Web Untuk Restoran - Tavernify

3 Sebab Bagaimana untuk Menangi Hati Pelanggan dengan Laman Web Restoran

Salah satu cara terbaik untuk memastikan meja anda dipenuhi dengan pelanggan adalah untuk melabur dalam laman web restoran yang professional untuk perniagaan anda.

Laman web restoran kini menjadi peranan sangat penting untuk bidang hospitaliti seperti perniagaan anda. 

Secara amnya laman web restoran digunakan untuk menukar pelawat online menjadi pelanggan anda.

Terdapat pelbagai kaedah untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan anda tetapi di dalam artikel ini kami akan gariskan 3 yang paling penting dalam memastikan restoran anda mendapat pulangan yang sangat baik daripada rekaan laman web restoran anda.

Bukan Hanya Mempunyai Laman Web Restoran Sahaja, Tapi Mempunyai Pelanggan Sebenar

Mempunyai menu yang berkualiti, kemudahan yang bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan TIDAK bermakna apa-apa jika pelanggan tidak tahu bahawa restoran anda wujud. 

laman web restoran | tavernify

Dengan lebih daripada 89% pengunjung yang menyelidiki restoran secara online sebelum mereka melawat sendiri ke restoran anda, adalah sangat penting untuk bukan hanya sekadar mempunyai laman web untuk membaca isi kandungan laman web anda, tetapi juga untuk menjadikan mereka pelanggan yang setia dengan restoran anda.

Setiap restoran mudah untuk memilik sebuah laman web. Tetapi adakah mudah untuk membina laman web yang sesuai dengan apa yang restoran anda tawarkan kepada pelanggan? 

Jadi, pastikan laman web restoran anda bukan hanya nampak professional, tetapi juga berfungsi dengan baik untuk membantu menukar pelawat laman web anda menjadi pelanggan sebenar.

Antara perkara yang perlu anda ambil perhatian adalah:

  1. Warna butang CTA (Call-To-Action) – Pastikan ianya timbul berbanding elemen yang lain supaya mudah untuk pelanggan tekan
  2. Pastikan laman web diintegrasikan bersama Google Analytics dan Facebook Pixel supaya ia boleh digunakan untuk tujuan marketing
  3. Pastikan laman web boleh diakses di mana sahaja pelanggan anda berada (Mobile responsiveness)
  4. Pastikan Branding restoran anda seragam dengan wajah keseluruhan laman web anda

‘Branding’ Restoran Anda

Untuk restoran, laman web berkualiti menawarkan lebih daripada sekadar bahagian “Tentang Kami” dan peta Google Maps. 

Ia memberi gambaran kepada pelanggan berpotensi dengan berkesan melalui paparan suasana restoran sebenar anda.

laman web restoran | tavernify

Menyeragamkan skema warna, font, dan branding di seluruh laman web anda dengan apa yang ditawarkan oleh restoran anda memberi pengunjung laman web anda harapan yang lebih baik tentang pengalaman makan mereka, dan membolehkan mereka membuat keputusan lebih baik untuk meluangkan masa di sana.

Integrasi antara mesej yang anda sampaikan di Facebook dan suara yang anda tulis pada laman web memberikan sinergi yang kuat untuk menambah kepercayaan daripada bakal pelanggan.

Pastikan anda tetapkan apakah warna, font, logo dan kaedah penulisan yang rasmi bagi memastikan seluruh laman web anda seragam dan dipercayai pelanggan.

Menyediakan Maklumat Mudah Dihubungi

Kebanyakkan pelanggan mencari restoran apabila mereka lapar dan ingin mendapatkan keputusan ke mana mereka boleh mengisi perut mereka dengan segera.

laman web restoran | tavernify

Sekiranya mereka sukar untuk mencari waktu operasi, nombor telefon dan alamat anda di enjin pencari seperti Google, anda akan kehilangan pelanggan, yang bagi mereka lebih mudah mencari maklumat yang sama di laman web pesaing anda. 

Di samping menyediakan bakal pelanggan dengan informasi restoran anda yang asas, laman web juga sangat bermanfaat dalam menyediakan maklumat berharga yang lain dicari di laman web anda seperti menu yang mudah untuk difahami (lagi baik jika di tambah dengan gambar dan maklumat bahan digunakan). 

Selain itu, maklumat seperti apa-apa acara istimewa atau tawaran harian boleh dimasukkan ke dalam laman web sebagai informasi tambahan buat pelanggan anda. 

Selangkah ke hadapan, berikan pautan yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dengan mudah (Seperti GrabFood atau Foodpanda) atau terus buat tempahan melalui laman web seperti WhatsApp atau Borang Online.

Konklusi

Jika anda memiliki restoran dan ingin mengembangkan bisnes restoran anda melalui laman web, pastikan anda faham apa yang kami sampaikan pada artikel ini. Ia membantu dalam membuat keputusan anda apakah elemen rekaan yang penting untuk laman web anda.

Hubungi kami jika anda perlukan bantuan dalam membina laman web yang efektif dan yang menjanjikan pulangan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top