Laman Web Untuk Restoran - Tavernify

Pemilik Restoran! Tiada lagi Facebook Likes – Jangan harapkan Facebook SAHAJA untuk buat Marketing

Jika anda salah seorang daripada pemilik restoran yang hanya menggunakan Facebook sebagai platform untuk menarik pelanggan ke restoran anda, maka anda wajib mengubah strategi anda.

Eh kenapa pulak?

Kini, Facebook sedang membuat kajian untuk menghapuskan sistem Facebook Likes di Australia untuk melindungi pengguna Facebook daripada mempunyai perasaan iri hati kepada bilangan Likes pengguna yang lain.

tarik pelanggan restoran | laman web untuk restoran | tavernify
Kredit: TechCrunch

Terdapat banyak kes di mana pengguna Facebook menghapuskan post mereka kerana tidak mendapat Likes yang mencukupi. Oleh itu pihak Facebook melihat kes-kes seperti ini sesuatu yang membimbangkan dan patut ditangani dengan segera.

Kajian lebih mendalam tentang penghapusan Facebook Likes ini boleh didapati di :

  1. TechCrunch
  2. BigThink
  3. MarketingLand

Perkara ini mungkin baru sahaja dalam peringkat kajian dan tiada kepastian bahawa ia akan dijalankan sepenuhnya.

Namun, perkara yang kami ingin tekankan di sini adalah supaya pemilik restoran tidak hanya fokus pada satu platform sahaja khususnya platform sosial media kerana platform sebegini bukan dikawal sepenuhnya oleh anda. Segala perubahan yang berlaku boleh memusnahkan segala usaha yang telah anda lakukan untuk membina reputasi laman media sosial tersebut.

Alternatif terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan memiliki laman web sendiri. Restoran yang mempunyai laman web sendiri mampu melindungi perniagaan mereka daripada lingkup begitu sahaja disebabkan perubahan polisi pemilik sesebuah laman media sosial itu.

Memiliki laman web adalah ibarat membeli rumah sendiri, tidak terikat dengan sebarang perjanjian selagi mana anda membayar semula pinjaman anda kepada bank. Akan tetapi, hanya mempunyai laman media sosial adalah ibarat menumpang di sesebuah rumah sewa dan mempunyai potensi dihalau keluar akibat perubahan yang berlaku oleh pemberi sewa tersebut.

Jika anda ragu-ragu untuk memiliki laman web atau tidak mempunyai bajet yang cukup, kami di Tavernify mempunyai kepakaran dalam membina laman web restoran dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga di pasaran.

Berminat?

Baca lebih lanjut di sini: https://www.tavernify.com.my/pelan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top