Laman Web Untuk Restoran - Tavernify

Kenali 11 Rahsia Penulisan Perancangan Perniagaan Restoran dan Katering Dengan Bajet Rendah dan Pasti Lulus Pinjaman Bank.

Perancangan perniagaan restoran dan katering adalah sebuah pelan hala tuju yang ingin anda buka dan bagaimana anda ingin capai setiap hala tuju tersebut.

“In its simplest form, a business plan is a guide—a roadmap for your business that outlines goals and details how you plan to achieve those goals.”

Bbplans

Sebanyak mana pun idea yang telah anda fikirkan tentang pembukaan restoran dan katering sendiri, tanpa menterjemahkan segala idea tersebut dalam bentuk penulisan, anda tidak akan mampu mencapainya.

Kenapa? 

Kerana ianya akan membuktikan bahawa idea tersebut adalah sebuah idea yang praktikal dan mampu diteruskan secara konsisten dalam masa akan datang.

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Selain itu, sebuah perancangan perniagaan restoran adalah sangat penting untuk meyakinkan pihak bank bahawa mereka akan memperoleh pulangan yang baik sekiranya mereka memberi anda dana untuk memulakan perniagaan kedai makan tersebut.

“Tujuan utama membuat perancangan perniagaan adalah untuk membuktikan anda telah membuat kajian sepenuhnya.” kata Charles Bililies, pemilik restoran Souvla, sebuah restoran mewah di San Francisco, US yang telah mula beroperasi sejak 2014 dan telah memenangi beberapa anugerah kebangsaan.

“Untuk memudahkan mendapat pinjaman bank: (a) anda harus tunjuk kepada mereka apakah pelan perancangan perniagaan restoran anda, (b) anda tahu apa yang ingin anda sampaikan, (c) nampak professional dan (d) bukan hanya setakat suka-suka untuk menjalankan perniagaan restoran ini.” – sambung Charles Bililies lagi.

Apa pelan perancangan perniagaan restoran dan katering yang perlu anda ada

Setiap perniagaan mempunyai pelan perancangan masing-masing dan setiap satunya mempunyai format dan isi yang berbeza. Di bawah, kami akan terangkan apakah kriteria perancangan perniagaan khusus untuk restoran dan katering yang anda patut ketahui sebelum memulakan perniagaan anda di Malaysia.

1. Muka Hadapan

Masukkan logo anda (yang simple sahaja!), tarikh dan nama anda. Seperti yang ditulis di dalam laman web Growthink tentang bagaimana ingin membina muka hadapan yang menarik: a) nama restoran, (b) logo, (c) tajuk & tarikh, (d) maklumat perhubungan (e) kata-kata confidental statement

2. Konsep

Terangkan konsep restoran anda di dalam perancangan perniagaan restoran anda itu dan pastikan pembaca teruja untuk mengetahui idea anda. 

Tiada idea?

Anda boleh dapatkan contoh konsep restoran di sini.

Perincikan makanan yang anda akan hidang, sumber inspirasi di sebalik konsep anda, dan sebuah gambaran keseluruhan tentang servis yang anda ingin beri kepada pelanggan anda. 

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Nyatakan dengan jelas apakah yang membezakan restoran anda dengan restoran yang lain atau restoran yang berhampiran dengan bakal lokasi restoran anda.

3. Menu Contoh

Menu adalah titik sentuhan antara restoran dan pelanggan yang paling penting untuk sesebuah restoran, jadi ia perlu lebih dari sekadar senarai hidangan yang anda sediakan. Pastikan ia mempunyai rekaan konsep yang selari dengan penjenamaan keseluruhan restoran anda (seperti logo, warna tema, gaya penulisan dan sebagainya).

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Selain itu, anda juga perlu memberi justifikasi setiap harga yang ditulis di dalam menu tersebut berdasarkan analisa harga yang terperinci. Ia akan memberi kefahaman yang jelas kepada pihak bank tentang sebab anda memilih sesuatu harga itu. 

Nyatakan anggaran dana yang diperlukan untuk menghasilkan keuntungan kepada restoran dan katering anda pada tahun pertama beroperasi. Ia bukan sahaja memberikan anda pandangan yang jelas tentang hala tuju restoran anda, ianya juga mampu meyakinkan pihak bank yang perniagaan restoran anda mampu mencapai keuntungan berdasarkan penelitian analisa harga yang telah dibuat. 

Tidak tahu bagaimana ingin tentukan harga menu? Rujuk poin no. 10 di bawah tentang pengurusan kewangan.

4. Servis

Setiap restoran mempunyai sistem servis kepada pelanggan yang berbeza. Jika anda merancang untuk membuka restoran berkonsepkan fine-dining, anda mungkin memerlukan pelayan yang memakai seragam eklusif untuk melayan pelanggan. 

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Sebaliknya, jika anda ingin menulis sebuah rancangan perniagaan ingin memulakan restoran makanan segera, anda boleh tulis kaedah servis pelanggan yang memerlukan pelanggan mengambil makanan sendiri di kaunter apabila dipanggil. 

Kenapa ianya perlu ada di dalam pelan perancangan anda? Untuk memastikan anda dan juga pihak bank jelas dengan konsep layanan yang ingin anda bawa untuk bakal pelanggan restoran anda.

Walaubagaimanapun, jika anda rasa anda tidak mempunyai sistem servis layanan yang khusus, anda boleh memasukkannya secara ringkas di bahagian konsep (rujuk poin no. 2)

5. Pasukan Pengurusan

Antara cabaran utama dalam industri restoran dan katering adalah untuk mendapatkan pekerja yang baik dan sesuai dengan perniagaan restoran anda.

“Pemilik restoran yang berjaya tahu kepentingan untuk memiliki pekerja yang betul; sebuah organisasi mesti yakin untuk memiliki pasukan yang baik untuk berjaya dalam industri hospitaliti (restoran).” 

Entrepreneur.com

Nyatakan secara ringkas tentang diri anda sebagai pemilik restoran dan ahli pasukan anda yang lain. Anda boleh ceritakan pengalaman dan kejayaan pekerjaan yang telah anda capai selama karier anda dalam bidang kulinari, yang penting ianya perlu relevan dengan perniagaan restoran yang ingin anda buka.

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Rancangan perniagaan restoran dan katering anda akan nampak lebih kukuh dan boleh dipercayai jika anda menyatakan betapa kuatnya pasukan restoran anda berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka masing-masing.

Pihak bank inginkan pasukan yang cukup kuat untuk menjalankan perniagaan restoran dan katering ini kerana mereka tahu betapa besarnya cabaran untuk memulakan perniagaan ini di Malaysia akibat dari persaingan yang sengit.

6. Penjenamaan Visual

Salah satu konsep penceritaan jenama restoran anda yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan sistem mood board. Memandangkan anda tidak mempunyai sebarang kedai fizikal lagi, maka amat penting untuk memberi gambaran kepada pihak bank tentang apakah pengalaman yang pelanggan akan perolehi jika mereka masuk ke restoran anda.

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Mood board adalah kaedah yang diguna-pakai untuk memberi ilustrasi tentang penjenamaan dan mesej yang ingin dibawa oleh sesuatu perniagaan. Ia bertujuan untuk menghidupkan mood seseorang apabila melihat ilustrasi-ilustrasi tersebut.

Caranya adalah dengan sertai kepingan gambar ke dalam dokumen perancangan perniagaan restoran dan katering tersebut dan setiap gambar harus memberi ilustrasi tentang pengalaman makan di restoran anda.Contohnya, jika restoran anda menyediakan makanan steamboat dengan kombinasi ala-alai thai, anda boleh meletak gambar makanan seafood, hidangan steamboat, dan suasana restoran lain yang berkonsepkan ala-ala thai.

Secara tidak langsung, gambar-gambar ini mampu menjana gambaran visual dan menceritakan jenama yang ingin restoran anda bawa.

7. Sasaran Pasaran

Siapakah yang akan makan di restoran anda? Apakah pekerjaan mereka, berapa umur mereka dan apakah pendapatan purata mereka? Mulakan dengan membina profil sasaran pelanggan anda. Profil sasaran pelanggan atau terma yang selalu digunakan, Customer Avatar, harus direka sebelum memulakan sebarang aktiviti pemasaran. Antara ciri-ciri yang perlu anda tahu adalah:

  1. Demografi – Profil Peribadi (Nama, Pekerjaan, Umur, Gaji, Bilangan Anak dsb.)
  2. Keinginan dan Nilai Diri yang dibawa
  3. Cabaran dan Masalah
  4. Potensi Bantahan Jika Pelanggan Tidak Ingin Datang
perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Setelah anda menyatakan ciri-ciri mereka secara terperinci, nyatakan kenapa konsep yang anda bawa itu mampu menarik minat mereka datang ke restoran anda. Terangkan bagaimana restoran anda adalah sesuai dengan ciri-ciri profil sasaran pelanggan anda. Dengan cara ini, pihak bank akan lebih jelas dengan strategi dan sasaran pelanggan yang ingin anda bawa.

8. Lokasi

Nyatakan lokasi dan sebab mengapa anda pilih lokasi tersebut.

Secara amnya, apa yang anda tulis pada bahagian Sasaran Pasaran adalah berkait rapat dengan bahagian ini. Lokasi yang anda pilih dan komuniti di sekitar lokasi tersebut adalah saling berkaitan. 

Sekiranya lokasi yang anda pilih adalah di sebuah komuniti yang mana kuasa pembelian mereka kuat, maka ia adalah sesuatu yang anda boleh nyatakan di dalam pelan perancangan perniagaan restoran anda. Kuasa pembelian yang kuat memberi indikasi bahawa restoran yang ingin anda bina mempunyai potensi yang tinggi. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada bank! 

Meskipun sebaliknya, anda masih boleh memberikan sebab lain mengapa lokasi yang anda pilih itu mampu menjana keuntungan. Antaranya adalah, lokasi tersebut mungkin tiada lagi kedai makan berdekatan yang menyediakan menu yang anda sediakan, lokasi itu menjadi tumpuan pelancong, berhampiran dengan prasarana penting, terletak di lokasi yang strategik, dan pelbagai lagi.

Jika anda mempunyai data atau statistik lokasi tersebut, anda boleh masukkan juga di dalam bahagian ini. Statistik seperti jumlah penduduk di sekitar lokasi, jumlah pelancong, jumlah kedai makan, purata pembelian di setiap restoran atau statistik-statistik lain yang anda boleh dapatkan. Cuba tanya ketua kampung atau ADUN di kawasan anda! 

9. Struktur Perniagaan

Bahagian ini patut ditulis dengan ringkas dan padat. Persoalan yang perlu anda jawab adalah: 

Apakah struktur perniagaan restoran dan katering yang ingin anda bina dan kenapa anda membuat keputusan tersebut?

Sekiranya anda baru ingin bermula, anda boleh daftar sebagai Enterprise dan kemudian upgrade menjadi Sendirian Berhad. Nak tau apa perbezaan kedua ini? Jom kita lihat apakah yang diterangkan oleh Usahawan.com:

Enterprise boleh didaftarkan sebagai milikan tunggal atau perkongsian. Sesuai untuk perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan sederhana. Mempunyai liabiliti yang tidak terhad (asset persendirian anda juga terdedah kepada risiko jika perniagaan mengalami kerugian).

Sdn. Bhd. memerlukan sekurang-kurangnya dua orang ahli untuk ditubuhkan. Sesuai untuk mereka yang ingin mengembangkan perniagaan atau perniagaan yang dijalankan adalah berskala besar. Mempunyai liabiliti yang terhad (asset persendirian anda akan dilindungi).

Dari sudut kewangan, Sendirian Berhad mempunyai kelebihan tersendiri disebabkan kadar percukaian yang lebih rendah (19%-24%) berbanding 28% oleh Enterprise berdasarkan Majalah.com. Walaubagaimanapun, pengurusan Sendirian Berhad lebih ketat akibat kepelbagaian peraturan yang perlu dipatuhi seperti audit, saham dan keperluan pihak ketiga seperti Setiausaha Syarikat untuk menguruskan proses pendaftaran syarikat. 

Nyatakan di dalam perancangan perniagaan restoran anda sama ada anda ingin buka Enterprise dahulu atau terus kepada Sendirian Berhad. Secara mudahnya, kami nasihatkan anda membuka secara Enterprise dahulu jika anda memulakan perniagaan tersebut secara berseorangan. Sebaliknya, jika anda mempunyai rakan kongsi, maka struktur Sendirian Berhad mungkin adalah terbaik untuk anda.

10. Kewangan

Ini adalah antara bahagian yang paling penting untuk dimasukkan ke dalam perancangan perniagaan restoran anda. Jika anda kurang arif dalam membuat percaturan kewangan, anda boleh melantik akauntan untuk membantu anda dalam membuat kaji selidik berapakah bajet yang anda perlu letak untuk membuka restoran. 

Ini adalah antara perkara yang anda perlu masukkan ke dalam bajet operasi anda:

Sistem Point of Sale (POS): Ia adalah sebuah sistem yang banyak diguna-pakai pada restoran zaman kini untuk mengesan dan merekod setiap hasil jualan sesebuah restoran. Sistem POS ini boleh diintegrasikan dengan perisian pengurusan akaun kewangan yang lain untuk memudahkan proses kiraan bajet pada masa hadapan. Manfaat lain sistem POS ini adalah ia dapat menggalakkan produktiviti, menyelaraskan proses jual beli, dan mampu meningkatkan hasil jualan sebuah restoran!

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Kos Pengurusan: Untuk memulakan operasi, anda perlu berdaftar sebagai sebuah syarikat, membuka akaun bank, pendaftaran dengan JAKIM, pencukaian, dan membayar yuran guaman untuk memastikan restoran anda memenuhi segala undang-undang di Malaysia.

Berdasarkan laman web SSM, berikut adalah kos untuk pendaftaran syarikat berstruktur Enterprise:

​Aktiviti​Fi
Pendaftaran BaruNama tred – RM60 setahunNama Sendiri – RM30 setahunCawangan – RM5 setahun bagi seti​ap cawangan
Perubahan maklumat perniagaaanRM20(Penambahan cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan)
Pembaharuan pendaftaran perniagaanNama tred – RM60 setahunNama Sendiri -RM30 setahunCawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat perniagaanRM10.00

Manakala untuk syarikat Sendirian Berhad pula, kosnya berubah-ubah bergantung kepada ejen yang anda pilih dan prosedur yang dijalankan. Harga pendaftaran bermula dari RM980 dan ke atas. Anda boleh kaji selidik lebih lanjut di dalam carian internet untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan bajet anda.

Kos Operasi: Kos operasi melibatkan perbelanjaan bulanan yang diperlukan untuk meneruskan perniagaan restoran anda seperti biasa tanpa sebarang masalah. Antara kos yang paling ketara adalah kos pembayaran gaji, bahan mentah dan sewaan bulanan.

Untuk pembiayaan gaji pekerja pula, sejak Disember 2018, Malaysia telah menetapkan gaji minimum yang baru di peringkat kebangsaan. Berdasarkan Gajimu.my, gaji minimum kepada semua jenis pekerjaan adalah sebanyak RM1,100 sebulan bagi pekerja sepenuh masa.

Berdasarkan sebuah kertas kerja dari Chef Det Chicken Chop Bistro pula, kos bahan mentah sebanyak RM15,930 sebulan. Walaubagaimanapun, kos bahan tertakluk kepada jenis restoran yang ingin anda buka. Tambahan lagi, untuk kos penyelengaraan kedai termasuk sewa tapak bulanan adalah sebanyak RM3,350 sebulan.

Untuk mengembangkan restoran anda lebih daripada pesaing anda pula, anda memerlukan bajet untuk aktitviti pemasaran restoran anda. Tetapi jangan risau! Walaupun ianya WAJIB ada, tetapi kosnya tidaklah setinggi yang lain. Kebiasaannya, kos untuk memiliki laman web sendiri adalah sebanyak RM150-RM200 sebulan (tetapi dengan Tavernify, anda hanya hanya perlu bayar RM59/bulan sahaja!). Kos untuk membuat pemasaran media sosial seperti di Facebook dan Instagram pula dianggarkan sebanyak RM800-RM1000 sebulan.

  1. Jumlah kos pembiayaan gaji = RM5,500/bulan
    1. Gaji 1 orang pekerja (Minimum) : RM1,100
    2. x2 orang pelayan = RM2,200
    3. X1 tukang masak = RM1,300
    4. Pemilik Restoran = RM2,000
  2. Jumlah kos bahan mentah = RM15,930/bulan
  3. Jumlah kos penyelenggaraan = RM3,350/bulan
  4. Jumlah kos pemasaran = RM1,200/bulan
  5. Jumlah kos kecemasan (sekiranya perlu) = RM2,000/bulan
  6. Jumlah keseluruhan = RM27,980/bulan


Maka di sini kita dapat lihat kos keseluruhan secara bulanan untuk menjalankan perniagaan restoran adalah sebanyak RM27,980/bulan.

Kos-kos seperti ini perlu dimasukkan ke dalam pelan perancangan anda kerana ia memberi gambaran yang jelas kepada pihak bank berapakah bajet yang anda perlukan daripada mereka. Selain itu, pihak bank juga akan lebih yakin terhadap perniagaan anda kerana sudah mempunyai kiraan asas yang kuat.

Setelah anda mempunyai analisa kewangan yang sempurna, maka anda harus juga membuat analisa mengenai berapakah hasil jualan yang anda boleh capai dalam masa sebulan. Jika anda ingin bina perniagaan restoran yang menguntungkan, maka hasil jualan wajib berada di paras lebih tinggi berbanding kos pengurusan perniagaan anda. Maka, amat penting untuk anda sentiasa mempunyai pelanggan untuk memastikan perniagaan restoran anda dapat diteruskan.

Aktiviti pemasaran adalah kaedah yang paling penting untuk menambah bilangan pelanggan yang datang ke restoran anda. Jom kita lihat poin seterusnya dan juga yang terakhir yang kami ingin bincangkan di dalam artikel ini, iaitu berkenaan pemasaran restoran. Bagaimana anda boleh dapatkan pelanggan lebih ramai dan elak daripada restoran anda mengalami kerugian.

11. Pemasaran

Industri restoran dan katering semakin berkembang, namun, tidak banyak daripadanya mampu bertahan lebih dari 2 tahun. Kenapa?

Persaingan yang sengit.

Kaedah yang paling baik untuk mengalahkan pesaing dalam industri restoran dan katering adalah dengan mengambil langkah jauh ke hadapan dalam strategi pemasaran restoran, khususnya dalam pemasaran internet. Kebanyakan restoran yang mengutamakan aktiviti pemasaran dalam perniagaan menjana pendapatan 10x daripada pesaing-pesaing mereka walaupun hidangan mereka tak sesedap mana pun! 

Artikel berkaitan: 10 Strategi Pemasaran Praktikal Untuk Restoran (TREND 2019)

Seramai 85% pengguna internet yang ingin mencari informasi akan menggunakan carian dalam internet sebagai sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat. Pastikan restoran anda juga berada di dalam radar pencarian mereka.

perancangan perniagaan restoran | laman web untuk restoran | tavernify

Di dalam rancangan perniagaan restoran dan katering anda, nyatakan apakah strategi dan taktik pemasaran internet yang anda akan gunakan untuk menarik pelanggan ke restoran anda. Sekiranya pesaing-pesaing anda tidak mempunyai laman web sendiri dan anda pun tahu bahawa pelanggan mengalami kesukaran untuk akses kepada menu restoran mereka secara online, maka di sini anda boleh tekankan bahawa anda mempunyai perancangan untuk membina laman web sendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Walaupun kebanyakan anda mungkin ingin memulakan teknik pemasaran menggunakan media sosial, namun mempunyai sebuah lagi platform yang mampu menyokong sistem pemasaran media sosial mampu menarik bilangan pelanggan berlipat kali ganda ke restoran anda. 

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Kredit: artversion.com

“Your Website is the “Hub” of Your Online Presence – Social Media is a Marketing Tool”

Conversion Strategies

Kata-kata di atas boleh dimaksudkan sebagai memiliki laman web adalah ibarat mempunyai sebuah pusat informasi di internet, manakala media sosial pula adalah sebuah alat pemasaran. Media sosial digunakan untuk melakukan branding dan menarik fans anda kepada laman web anda. Bermula di laman web lah pelanggan akan mula mengenali restoran sehingga mereka boleh terjatuh cinta kepada restoran anda. Di situ lah hubungan pelanggan-restoran boleh terbina.

Walaubagaimanapun, di dalam semua perkara yang disebut sebelum ini, pemasaran adalah antara aktiviti yang menelan kos paling banyak. Maka amat penting untuk anda nyatakan apakah perancangan anda untuk mengurangkan kos pemasaran dan mendapat pulangan yang maksimum daripadanya. 

Sebagai contoh, kos untuk membina laman web boleh mencecah RM2000-RM3000 untuk laman web yang simple, itu belum lagi masuk kos penyelenggaraan bulanan. Jika anda ingin mengurangkan kos tersebut, maka cari platform-platform yang sesuai dengan bajet anda seperti Tavernify untuk membina laman web restoran anda dengan profesional dan dengan harga yang rendah.

Artikel Berkaitan: Tips Laman Web

Elak Restoran Anda Daripada LINGKUP – 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Laman Web Restoran

Mempunyai perancangan pemasaran yang kuat memberi keyakinan kepada pihak bank tentang bagaimana anda jana penambahan pelanggan secara konsisten setiap bulan untuk menampung kos-kos operasi yang telah anda gariskan di dalam pelan perancangan ini. Tanpa perlu perincingan yang terlalu mendalam, adalah penting untuk anda menggariskan strategi dan teknik pemasaran yang akan anda lakukan.

Konklusi

Mempunyai sebuah perancangan perniagaan restoran dan katering adalah penting bagi mengelak sebarang permasalahan yang bakal berlaku di masa hadapan. 

Berdasarkan segala perkara yang kami bincang di atas, ianya mungkin memerlukan usaha yang lebih daripada pihak anda untuk menghasilkan sebuah pelan yang berhasil. Namun begitu, sebagai permulaan, anda fokus dalam menulis perkara yang penting dan mampu menjana keuntungan kepada restoran yang ingin anda buka. 

Kerana apa pun, dalam dunia perniagaan, pulangan yang positif setiap syarikat perlukan, khususnya pulangan dalam bentuk kewangan. Perkara seperti perancangan pengurusan, pemasaran dan kewangan adalah perkara yang perlu anda titik-beratkan sebelum perkara-perkara yang lain.

Semoga maju jaya dalam perniagaan restoran dan katering anda!

Jika anda mempunyai sebarang komen atau pertanyaan, anda boleh hubungi kami atau tulis sahaja di ruangan di bawah sebagai perkongsian bersama:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top