Tavernify | Website for Restaurants

“Alamak, Restoran Kita Dah Tak Cukup Tempat Duduk!” – Pelajari RAHSIA Pemasaran Restoran Yang EFEKTIF

Pelajari RAHSIA Pemasaran Restoran Yang EFEKTIF

Pemasaran Restoran
Kredit: Vkeong

Pemasaran restoran yang efektif akan menyebabkan pekerja anda kelam kabut dan melaungkan:

“Alamak, Restoran Kita Dah Tak Cukup Tempat Duduk! Macam mana ni?! RAMAI Pelanggan Tengah Tunggu kat luar tu!”

Apa perasaan anda bila dengar skrip di atas?

Memiliki pelanggan yang ramai adalah cita-cita setiap pemilik restoran.

Restoran yang sentiasa penuh sehinggakan orang sanggup datang dari jauh dan beratur di luar restoran menjadi impian setiap pemain dalam industri ini.

Bayangkan, setiap hari anda sebagai pemilik restoran masuk ke kedai dan lihat pekerja-pekerja anda sibuk melayan kerenah pelanggan. Pelanggan keluar dan masuk tanpa henti. Cashier pula tak henti-henti tekan mesin bayaran untuk memulang semula baki pembayaran pelanggan.

Ada yang terpaksa “double-park” di hadapan kedai makan anda semata-mata ingin datang ke kedai anda!

Best kan??

Sebagai seorang pemilik restoran, anda perlu mempunyai visi dan misi untuk mencapai situasi seperti di atas. Anda adalah nadi kepada restoran anda dan hero kepada pekerja-pekerja anda.

Perancangan yang teliti tentang proses dan strategi untuk menambah pelanggan datang ke restoran perlu bagi mengelak kerugian yang besar.

Artikel berkaitan: Kenali 11 Rahsia Penulisan Perancangan Perniagaan Restoran dan Katering Dengan Bajet Rendah dan Pasti Lulus Pinjaman Bank.

Meskipun sukar, segalanya memerlukan usaha yang lebih dan strategi yang betul untuk memastikan pelanggan masuk ke restoran ibarat air yang tidak putus arusnya.

Tetapi…

Ramai pemilik restoran yang buat silap.

Keinginan memiliki pelanggan sebegitu ramai membuatkan kebanyakan pemilik restoran berusaha keras untuk mendapatkannya.

Tanpa memikirkan sebarang kesan akhirnya, mereka terus terjun dengan ‘memaksa’ pelanggan untuk datang ke restoran mereka.

Kerugian masa bertahun-tahun lamanya. Kerugian duit berpuluh ribu banyaknya.

Kredit: Houstaniamag

Yang lebih teruk:

Ada yang sanggup menjatuhkan perniagaan pesaing mereka dengan pelbagai kaedah yang mungkin tidak boleh ditafsir dengan akal manusia!

Semua ini dengan pulangan yang sangat sedikit dan impak yang sangat minimal kepada restoran anda.

Berbaloi ke?

Ingin berjaya tidak memerlukan ‘Nasib yang Baik’ atau dengan menjatuhkan orang lain seperti pesaing.

Tetapi apa yang anda perlu buat adalah untuk pergi lebih jauh berbanding pesaing-pesaing anda.

Pemasaran Restoran
Kredit: Helpbot

Jika mereka duduk, anda berdiri. Jika mereka berdiri, anda berjalan. Jika mereka berjalan, anda berlari. Jika mereka berlari, anda berlari LEBIH laju.

Kunci utama di sini adalah untuk menggunakan teknik yang betul dan lebih ‘advance’ untuk pastikan pelanggan cari anda berbanding pesaing anda.

Artikel Berkaitan: Tidak Perlu Risau Lagi Kalau Tiada Pelanggan — 5 RAHSIA Pemasaran Restoran Secara Online Untuk Tarik Pelanggan Datang

Untuk memastikan restoran anda sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tidak sesukar seperti yang anda sangkakan. Anda hanya perlu telitikan segala teknik-teknik yang kami berikan ini dan praktikkan ke dalam perniagaan restoran anda.

Namun..

Apakah teknik yang kami maksudkan di sini?

Di dalam artikel ini, kami akan pecahkan kepada dua bahagian.

Iaitu teknik ‘Kita yang cari Pelanggan’ atau lebih dikenali sebagai Outbound Marketing.

Dan..

Teknik yang kedua iaitu ‘Biar Pelanggan yang cari Kita’ atau lebih dikenali sebagai Inbound Marketing.

Dan kami jamin teknik yang kedua adalah yang lebih jimat dan berkesan untuk memiliki pelanggan yang ramai dalam jangka masa yang panjang.

Apa Sebenarnya Maksud ‘Cari’ Pelanggan?

Kami maksudkan ‘Cari Pelanggan’ di sini adalah dengan restoran anda menggunakan kepelbagaian dalam teknik pemasaran untuk menukar sasaran pelanggan menjadi pelanggan berbayar di restoran anda.

Jika dalam terma antarabangsa, strategi ini dianggap sebagai Outbound Marketing .

Outbound Marketing

Pemasaran Restoran
Kredit: KingsComunicacao

Definisnya berdasarkan HubSpot, Outbound Marketing adalah:

Outbound marketing is a traditional method of marketing seeking to obstruct potential customers. Outbound marketing includes activities such as trade shows, seminar series and cold calling. It is costly and the ROI is much lower than inbound marketing.

Huraian daripada maksud yang diberikan HubSpot adalah kaedah ini ibarat ‘memaksa’ pelanggan untuk membaca bahan pemasaran anda.

Antara teknik Outbound Marketing yang sering digunakan pada zaman kini adalah seperti Facebook Ads, Youtube Ads, Messenger Ads, WhatsApp Blasting, dan pelbagai lagi cara-cara yang lain.

Artikel Berkaitan: Pemilik Restoran! Tiada lagi Facebook Likes – Jangan harapkan Facebook SAHAJA untuk buat Marketing 

Pernah tak anda terima mesej yang anda tidak kenal atau melihat video ads yang tidak anda inginkan pun pada platform-platform tersebut?

Stress tak bila ada orang cuba memberhentikan apa yang anda sedang lakukan kerana ada mereka cuba jual produk mereka? Anda ingin tonton video Youtube tetapi anda di’paksa’ untuk lihat video pengiklanan mereka terlebih dahulu.

Nah, begitu juga dengan perasaan sasaran pelanggan anda!

Walaubagaimanapun…

Outbound Marketing ada baik buruknya. Kebaikan Outbound Marketing atau ‘anda yang cari pelanggan’ adalah anda boleh dapatkan pelanggan dengan cepat.

Ini kerana Outbound Marketing menggunakan bajet yang anda untuk capai sasaran pelanggan anda.

Lagi besar bajet anda, lebih ramai yang anda boleh capai.

Tetapi..

Adakah ianya berbaloi dengan harga yang anda perlu bayar?

Secara statistiknya, Outbound Marketing memerlukan anda mengeluarkan belanja lebih tinggi bergantung kepada platform yang anda gunakan.

Seperti Facebook, kadar harga pengiklanan sangat bergantung kepada jumlah persaingan dan keadan ekonomi platform tersebut.

Dengan persaingan yang sengit dalam industri restoran, apabila setiap restoran menggunakan Facebook sebagai medium utama pemasaran, kos untuk mencapai satu pelanggan atau cost per acquisition adalah sangat tinggi. Kos untuk mendapatkan setiap pelanggan boleh mencecah sehingga RM100!

Dengan kos yang tinggi ini, tidak ramai pemilik restoran yang mempunyai kemampuan untuk melabur duit sebanyak itu.

Akhirnya mereka pun berhenti untuk membuat sebarang online marketing kerana mereka ingat itulah sahaja jalan yang tinggal untuk mereka membuat ‘branding’ restoran mereka dan tarik pelanggan ke restoran mereka.

Tetapi mereka tidak tahu..

Terdapat satu lagi cara yang boleh dipraktikkan dengan kos yang lebih rendah dan mampu letupkan jenama restoran berkali-kali ganda berbanding kaedah Outbound Marketing.

Iaitu:

Inbound Marketing – seperti yang disebut oleh HubSpot dalam definisi Outbound Marketing di atas.

Teknik adalah merujuk kepada konsep ‘pelanggan yang cari anda’.

Inbound Marketing

Pemasaran Restoran
Kredit: Medium

Jimat Tenaga, Jimat Duit – Biar Pelanggan Yang Cari Anda.

Juga berdasarkan HubSpot, Inbound Marketing adalah didefinisikan sebagai:

Inbound is a method of attracting, engaging, and delighting people to grow a business that provides value and builds trust. By creating content designed to address the problems and needs of your ideal customers, you attract qualified prospects and build trust and credibility for your business.

Kepercayaan pelanggan terhadap restoran anda adalah ibarat darah yang mengalir di dalam badan. Tanpanya, sesebuah restoran tidak mungkin dapat bertahan lama.

Hakikatnya:

Ramai tidak sedar tentang kepentingan memastikan kepercayaan terbina teguh untuk memastikan pelanggan sentiasa datang ke restoran mereka.

Platform seperti Facebook dan Instagram sering disalah-tafsirkan sebagai sebuah platform ‘branding’.

Sedangkan apa yang mereka lakukan itu adalah untuk menguatkan ‘branding’ platform Facebook tersebut, dan bukannya mereka.

Ada satu persoalan untuk anda:

Apa bezanya restoran anda dengan restoran yang lain sekiranya kedua-duanya menggunakan Facebook sebagai medium membina kepercayaan?

Kedua-duanya berwarna biru, mempunyai saiz dan jenis font yang sama, had isi posting yang sama, disekat dengan peraturan yang sama dan mempunyai rekaan dan pengalaman yang sama! Tidak kisah anda menjual kasut atau membuka restoran eksklusif, kedua-duanya mempunyai ‘branding’ yang sama!

Jika anda teruskan kebergantungan restoran anda dengan Facebook untuk tujuan ‘branding’ dan mewujudkan restoran anda di Internet, anda hanya akan membazir wang dan masa sahaja kerana ia bukanlah tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut untuk industri hospitaliti seperti restoran

Facebook sangat penting! Tapi perlu kena pada tempatnya..

Di sini, kami bukan mengatakan bahawa Facebook tidak berguna langsung untuk industri ini, tetapi Facebook adalah tempat untuk bersosial, dan tujuan sebenar Facebook adalah untuk membina hubungan dengan pelanggan. Hubungan adalah penting untuk memastikan restoran anda sentiasa ketahui apakah pelanggan anda inginkan.

Namun, untuk memberi pengalaman jenama anda dan ingin tonjolkan diri anda di hadapan pelanggan melalui internet, Facebook tidak memberikan impak yang cukup kuat.

Jadi, apa boleh anda buat?

Bina Reputasi Restoran Online 

Pemasaran Restoran
Kredit: Posist

Wujudkan restoran anda secara online melalui platform seperti Google My Business, Laman Web, Blog, dan Laman Media Sosial.

Bukan itu sahaja, penuhi setiap platform ini dengan pelbagai info menarik dan tips-tips hebat daripada restoran anda.

Teknik Inbound Marketing seperti di atas bertujuan supaya pelanggan ‘cari’ restoran anda dan bukan sebaliknya. Ia mewujudkan rasa suka-sama-suka antara pelanggan dan restoran anda.

Tiada paksaan dan tiada komitmen yang diperlukan daripada mereka.

Teknik ini memastikan restoran anda sentiasa berada di hadapan pelanggan tanpa apa-apa langkah yang pihak restoran anda perlu lakukan.

Inbound Marketing memanfaatkan informasi yang anda sediakan pada pelbagai platform untuk memastikan sasaran pelanggan mendapat segala yang mereka perlukan daripada anda.

Seperti apa yang disebut oleh Optimizely;

In terms of digital marketing, this means using a combination of marketing channels – most commonly content marketing, search engine optimization SEO, and social media – in creative ways to attract people’s attention.

Inbound Marketing adalah kombinasi antara beberapa platform marketing. Antara yang biasa digunakan adalah Content Marketing, SEO dan laman media sosial – dalam kaedah yang kreatif untuk menarik perhatian orang ramai.

Meskipun begitu, seperti juga Outbound Marketing, Inbound Marketing perlu sedikit usaha daripada pihak restoran iaitu dengan membekalkan Content atau pengisian kepada sasaran pelanggan anda.

Namun, penulisan content adalah berbeza mengikut platform. Seperti di Facebook, ia sesuai untuk membina hubungan dengan sasaran pelanggan, tetapi tidak menjual. Manakala seperti Laman Web, anda boleh menggunakannya untuk mempromosikan restoran dan tawaran yang restoran anda sediakan.

Bukan itu sahaja.

Dengan menggunakan teknik dan optimasi yang betul pada platform-platform tersebut..

..NAMA RESTORAN ANDA BERPOTENSI UNTUK MUNCUL DI GOOGLE!

Pemasaran Restoran

Kan best kalau pelanggan anda tulis nama restoran anda di Google, dan mereka jumpa restoran anda pada muka pertama carian mereka. Lebih mudah untuk mereka menjumpai dan mendapatkan maklumat daripada perniagaan restoran anda.

Kaedah untuk memastikan nama restoran muncul di dalam carian Google adalah dikenali sebagai Search Engine Optimization atau SEO secara pendeknya.

Ia adalah strategi bagi memastikan content dalam laman web distrukturkan dengan baik dan ditulis dengan mengfokuskan kepada beberapa keyword yang berkaitan dengan restoran anda.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang fasih tentang membina kewujudan di internet melalui SEO ini.

Sebabnya:

Ia memerlukan kepakaran yang khusus dan bajet restoran yang tinggi untuk membina laman web yang betul.

Supaya ia mematuhi setiap peraturan yang Google sudah tetapkan.

Artikel Berkaitan: Elak Restoran Anda Daripada LINGKUP – 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Laman Web Restoran

Ia bukan seperti Facebook Ads, yang mana fokusnya pengiklanannya adalah pada copywriting.

Google mempunyai standard sendiri dalam menentukan sama ada restoran anda layak atau tidak untuk dimasukkan ke dalam enjin pencari mereka.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut bagaimana Google menjalankan sistem crawling untuk mengesan restoran anda, anda boleh rujuk tulis Neil Patel mengenainya.

Jika anda bercita-cita untuk memiliki restoran yang sentiasa menarik pelanggan tanpa perlu anda membuat sebarang ‘paksaan’ kepada mereka, teknik Inbound Marketing ini adalah jalan yang terbaik untuk anda pilih.

Kuasai restoran anda dengan laman web yang dioptimasikan mengikut standard Google dan pastikan restoran anda muncul setiap kali pelanggan mencari restoran anda di Google.

Tidak kira di mana sahaja mereka berada. Menggunakan laptop ataupun handphone.

Kenapa anda perlu bertindak sekarang?

Setiap hari, pengguna internet di Malaysia melakukan ratusan ribu carian di Google untuk menjawab segala persoalan mereka.

Jika anda hanya mengambil pada kadar minimum 0.1% sahaja daripada carian tersebut yang sedang mencari tempat makan menarik di sekitar kawasan anda sudah mencakupi lebih dari 100 orang sehari!

Apa jadi kalau anda tidak muncul di hadapan mereka di saat mereka sedang lapar mencari makanan?

Pemasaran Restoran
Kredit: Medium

ANDA KERUGIAN RATUSAN RINGGIT SEHARI AKIBAT KESILAPAN INI!

Makin lama anda biarkan, makin banyak anda rugi dan makin banyak jugalah hutang-hutang yang anda tidak mampu bayar jika tiada pelanggan yang datang.

Dengan memanfaatkan teknologi platform-platform sebegini di restoran anda, kebarangkalian restoran anda untuk gagal sangat nipis disebabkan keberhasilan dan impak positif yang ia berikan.

Di sini, kami di Tavernify ingin membantu untuk membuka perspektif dan idea anda untuk pastikan restoran anda sentiasa penuh dengan pelanggan tanpa memerlukan sebarang modal yang besar.

Di saat keperluan untuk fokus kembangkan servis dan kualiti restoran anda, kami sediakan tips-tips pemasaran yang ringkas dan padat yang ramai pemilik restoran tidak tahu!

Ini semua bagi memastikan restoran anda boleh memenuhi segala strategi Inbound Marketing yang kami sebut di dalam artikel ini.

Dapatkan Senarai Ringkas yang boleh memberi anda idea bagaimana anda boleh manfaatkan kuasa zaman digital untuk menarik minat sasaran pelanggan anda.

2 thoughts on ““Alamak, Restoran Kita Dah Tak Cukup Tempat Duduk!” – Pelajari RAHSIA Pemasaran Restoran Yang EFEKTIF”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top