Cara Restoran Anda Untuk Muncul Dalam Google Maps

Kebanyakan restoran di Malaysia masih lagi tidak mempunyai kewujudan online.

Meskipun terdapat pelbagai kelebihan Google Maps khususnya kebolehan aplikasi ini diintegrasikan dengan laman web restoran dan seterusnya menarik lebih ramai pelanggan, namun, tidak banyak restoran yang memanfaatkannya.

Tetapi, jika anda salah satu daripada restoran tersebut..

Jangan risau! 

Selain daripada memiliki laman web restoran anda sendiri, anda boleh memanfaatkan platform Google Maps untuk ‘online’kan bisnes kedai makan anda.

Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana.

Sebenarnya tak susah pun, malah jika anda mengikuti setiap langkah yang kami beritahu ini, restoran anda boleh tarik pelanggan datang ke restoran anda secara konsisten!

Artikel ini akan mengajar anda langkah-demi-langkah untuk memastikan perniagaan kedai makan anda muncul dalam Google Maps.

Jika anda belum lagi berdaftar, pastikan anda lakukan dengan betul untuk mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada platform ini.

Jom kita mulakan!

1. Daftar Profil di Google My Business

Dengan Google My Business, Google memiliki sebuah sistem berpusat untuk menyenaraikan pelbagai jenis bisnes dalam enjin pencari mereka di Google dan Google Maps. 

laman web untuk restoran | tavernify

Jadi, perkara pertama yang anda perlu lakukan untuk berdaftar adalah dengan mengikuti link di bawah:

Daftar Restoran Anda di Google Maps 

Di sana, anda boleh isi informasi tentang bisnes anda, masukkan informasi seperti nama, lokasi, kategori servis yang anda tawarkan, laman web, maklumat perhubungan, dll.

Apabila anda selesai mengisi segala informasi tersebut, Google akan meminta anda mengesahkan informasi-informasi yang anda telah berikan.

Pihak Google kebiasaannya akan menghantar sebuah kod (dalam sebuah sampul) kepada alamat yang telah anda daftarkan.

Apabila anda terima kod tersebut, anda selesaikan proses pendaftaran dengan memasukkan kod tersebut ke dalam Google My Business anda.

laman web untuk restoran | tavernify

Apabila informasi anda telah disahkan, sesiapa yang memasukkan nama restoran anda dalam enjin pencari Google akan menjumpai restoran anda di Google Maps.

2. Kemaskini Informasi Restoran


Langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan profil restoran yang lengkap di Google My Business. Ia akan membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap branding yang ingin anda bawa.

Pastikan anda mempunyai profil yang lengkap dengan informasi yang tepat tentang restoran anda.

Sebagai contoh, pelanggan dan pihak Google kedua-duanya sangat menekankan kepentingan mempunyai waktu operasi yang tepat.

Jika restoran anda mempunyai perubahan waktu operasi pada cuti umum, ia sepatutnya ditunjukkan pada profil anda bagi memudahkan para pelanggan merancang untuk ke restoran anda.

Selain itu, pastikan anda mempunyai gambar dan video yang menarik tentang bisnes anda.

Kami mencadangkan supaya anda memuat naik logo restoran, tawaran hebat restoran anda dan pastikan gambar profil anda menggambarkan hidangan istimewa restoran anda.

Tambahan, masukkan juga gambar-gambar menu (berserta nama menu) untuk rujukan pelanggan.

Muat naik gambar dalam format .jpg atau .png (maksimum 5 MB) dan resolusi minimum pada 720 x 720 pixel.

Jika anda ingin memuat naik gambar, pastikan ianya tidak lebih 30 saat, atau tidak lebih 100 MB dan sekurang-kurangnya resolusi mesti pada 720 pixel.

3. Jana Interaksi pada Profil Google Maps Anda

Dengan kedua-dua langkah di atas, kami dah boleh jamin restoran anda akan berada di depan pencarian pelanggan.

Langkah seterusnya akan memastikan restoran anda muncul lebih terperinci seperti dalam kalangan hasil carian “kedai tomyam”, jika pelanggan mencari perkataan tersebut di dalam Google. 

laman web untuk restoran | tavernify

Proses ini mengambil sedikit masa tetapi jika anda berjaya lakukannya, pelanggan akan lebih mudah menjumpai restoran anda!

Tetapi jangan risau, setiap perkara pasti ada jalan pintasnya.

Cara yang paling cepat anda boleh buat adalah untuk meminta rakan paling dekat anda atau pekerja anda untuk kerap melawat profil Google My Business anda dan memberi rating dan review untuk servis restoran anda.

Anda juga boleh minta para pelanggan untuk membuat perkara yang sama. Galakkan mereka untuk melawat profil anda dan beri rating dan review yang positif. Pastikan juga anda memberi respon yang positif pada setiap komen yang diberikan oleh pengguna Google Maps.

Ini akan membuat Google melihat bisnes anda sebagai sebuah restoran yang mempunyai kredibiliti dalam hasil carian pelanggan tersebut.

Konklusi

Sekarang, anda dah tau bagaimana ingin mendaftarkan restoran anda ke dalam Google Maps dan meningkatkan kredibiliti profil anda supaya ia muncul dalam pencarian pelanggan di dalam Google. 

Dan untuk meningkatkan lagi reputasi online anda, kami galakkan anda mempunyai sebuah laman web restoran yang professional untuk restoran anda.

Artikel Berkenaan: 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Laman Web Restoran

Google Maps memberikan informasi tentang lokasi dan waktu operasi anda, tetapi tidak mempunyai informasi yang cukup untuk memberitahu apakah yang restoran anda mampu tawarkan kepada pelanggan anda.

Lengkapkan perjalanan pelanggan untuk kenal restoran anda dengan memiliki laman web restoran sendiri!

Klik di sini untuk ketahui pakej yang kami tawarkan. Perkara yang paling penting adalah untuk mempunyai kewujudan secara online dalam pelbagai platform dan memastikan anda sentiasa tarik pelanggan datang ke restoran anda. Semoga berjaya!

Anda ada soalan? Jangan segan silu untuk tulis komen di bawah atau hubungi kami

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top