Laman Web Untuk Restoran - Tavernify

Elak Restoran Anda Daripada LINGKUP – 4 Sebab Kenapa Perlu Ada Laman Web Restoran

“Kunci utama untuk mempertingkatkan ekonomi digital Malaysia ialah dengan memacu pertumbuhan pemula niaga teknologi digital dan keusahawanan negara di mana di seluruh dunia pemula niaga dan usahawan adalah jantung kepada ekonomi baharu.” – Berita Harian

Setiap tahun, akan ada sahaja inovasi baru yang diperkenalkan oleh pelbagai jenis perkhidmatan seperti pengangkutan, pendidikan dan kesihatan. Inovasi tersebut termasuklah dengan peningkatan teknologi pada perkhidmatan tersebut. Yang menariknya, perkhidmatan dalam industri restoran juga tidak ketinggalan. 

Sesebuah restoran dapat bertahan secara minimum hanya dengan menyediakan makanan kepada pelanggannya. Namun, jika restoran itu bukan sekadar ingin ‘hidup’, mereka harus kekal aktif dalam menambahbaik servis dan pengalaman untuk para pelanggan mereka. 

Tahukah anda bahawa jika seseorang pelanggan itu ingin merasai pengalaman restoran anda, mereka sebenarnya tidak diwajibkan pun untuk berada di restoran itu secara fizikal? Kini, anda boleh menarik perhatian pelanggan dengan mempunyai laman web sendiri yang direka khas selari dengan tema yang anda gunakan di restoran. Ini akan memberikan suasana seolah-olah mereka sudah berada di restoran anda meskipun mereka hanya lihat melalui skrin telefon bimbit mereka sahaja!

Restoran anda memerlukan laman web untuk menjadi ‘available’ di dunia online. Sekiranya anda tidak dapat ditemui secara online, anda mungkin kehilangan banyak peluang untuk mendapat pelanggan baru. Persoalannya di sini, PERLUKAH ada laman web untuk restoran saya? Boleh membantu sales ke? Kos untuk buat laman web mahal sangat lah. Saya tidak berpengalaman dengan laman web ni. Dan bermacam lagi alasan yang boleh ditemui. 

Tetapi… 

Jawapan kami untuk persoalan-persoalan tersebut adalah “YES”!

Laman web merupakan marketing tools yang sangat powerful masa kini. Menurut kajian pengguna internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada  tahun 2018, terdapat 28.7 juta pengguna internet dan 85.6% aktiviti online adalah digunakan untuk mencari informasi.

Dunia semakin maju. Segalanya boleh Google. Mahu makan, Google dulu, mahu melancong, google dulu. Jadi kenapa pulak restoran anda tak perlu laman web sekiranya hampir 24 jam kita meluangkan waktu untuk online? Jadi kami senaraikan beberapa sebab mengapa anda memerlukan laman web untuk restoran anda.

1. Meningkatkan kepercayaan kepada pelanggan

Dengan adanya Laman Web ia mampu meningkatkan kepercayaan restoran anda kepada pelanggan. BAGAIMANA ia mampu meningkatkan kepercayaan?

Sebelum pelanggan pergi ke restoran anda, mereka pasti ingin tahu apa komen atau testimoni pelanggan yang pernah berkunjung ke restoran anda.

Melalui ruangan komen atau testimoni dalam laman web anda, mereka akan mendapat informasi penting yang mereka inginkan. 

Komen yang baik akan menarik pelanggan baru dan meningkatkan kepercayaan pengunjung laman web denggan restoran anda.

laman web restoran | tavernify

Masa kini, tidak semua informasi “dari mulut ke mulut” memberikan informasi yang jelas dan tepat. Tetapi melalui laman web, pelanggan boleh menerima informasi yang lebih meyakinkan dan tepat. 

Melalui laman web restoran juga anda boleh menyampaikan maklumat kepada pelanggan secara pantas dan boleh dipercayai.

Ini juga menunjukkan restoran anda peka dengan perkembangan semasa bagi memudahkan pelanggan. Informasi yang jelas mampu meraih kepercayaan pelanggan kepada perkhidmatan yang anda berikan.

Design laman web yang menarik, padat dan sesuai dengan ‘branding’ anda akan menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi restoran anda.

2. Membantu pelanggan mencari menu makanan

Seringkali, hal yang pertama pelanggan ingin ketahui tentang restoran anda adalah apa menu yang restoran anda hidangkan.

Sama ada mereka merancang untuk berjumpa dengan kawan, atau bermakan besar bersama keluarga mereka, semestinya pelanggan inginkan sesuatu yang menarik untuk mereka nikmati.

Sekiranya anda tidak mempunyai laman web sendiri bagaimana mereka boleh dapatkan informasi tersebut?

Sudah tentu mereka akan mencari restoran lain yang mampu memberikan informasi seperti apa yang mereka inginkan.

laman web restoran | tavernify

Kenapa perkara sebegini berlaku? Kerana ia memudahkan mereka. 

Buku menu yang dicetak di restoran mungkin memudahkan pelanggan untuk memilih makanan semasa duduk di restoran, namun jika senarai menu sudah diterbitkan di laman web, ia lebih memudahkan pelanggan untuk memilih menu terlebih dahulu sebelum datang ke restoran anda.

Anda perlu tahu bahawa pelanggan ‘malas’ nak fikir banyak-banyak atau berteka-teki apabila mereka sedang lapar , mereka mahu perkara yang cepat dan mudah didapati.

Jadi, jika anda tidak mempunyai menu secara online, sudah pasti mereka pergi ke pesaing anda yang mempunyai menu sedia ada pada laman web mereka!

3. Beri pelanggan anda ‘feeling’ seperti mereka sudah ada di restoran anda

Hari ini hampir semua informasi boleh diakses di hujung jari. Dengan memiliki laman web sendiri, anda memudahkan pelanggan untuk mencari restoran anda.

Laman web yang baik adalah laman web yang mampu menjawab soalan-soalan asas seperti menu, harga,  lokasi, jam operasi dan maklumat tempahan. 

laman web restoran | Tavernify

Saluran pengiklanan tradisional seperti teknik pemasaran mulut-ke-mulut atau menggunakan media tradisional seperti TV, surat khabar atau majalah tidak lagi berkesan.

Sekarang, kebanyakan restoran menggunakan internet untuk memberi pengalaman kepada pelanggan seolah-olah mereka sudah berada di restoran mereka. 

Orang mungkin teragak-agak untuk mencuba tempat yang tidak pernah mereka dengar. Laman web adalah cara paling mudah untuk memastikan restoran menawarkan pengalaman yang mereka boleh nikmati.

Untuk memastikan pengalaman yang cuba disampaikan itu menjadi, laman web anda perlu mempunyai ‘branding’ yang selari dengan apa yang restoran anda bawa.

Pastikan warna, tema dan gambar yang ditunjukkan itu menggambarkan suasana restoran anda.

4. Membezakan restoran anda dengan pesaing yang lain

Persaingan dalam industri restoran adalah sangat sengit. Setiap hari perniagaan restoran dibina dengan banyaknya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan tetapi ada juga restoran yang tidak dapat bertahan dan akhirnya tutup.

laman web restoran | Tavernify 

Persoalannya, apakah cara terbaik untuk restoran anda bertahan? 

Jawapannya, anda perlu ada Unique Selling Proposition (USP). 

Restoran anda perlu mengikut peredaran zaman masa kini.

Apa perkara istimewa yang restoran anda tawarkan? Adakah konsep restoran anda? Ataupun adakah restoran anda mempunyai Delivery service? Katering? Happy hour? Atau konsep-konsep unik yang lain?

Melalui laman web, restoran anda boleh menyampaikan informasi mengenai keunikan restoran kepada pengguna internet yang belum pernah sampai ke restoran anda.

Mungkin kita berfikir Facebook Page sudah cukup untuk menjadi online marketing tools restoran kita. Tetapi bolehkah kita mengubah template Facebook sesuka hati kita. Apa yang membezakan Facebook Page kita dengan yang lain adalah hanya gambar dan content page anda. 

Sebaliknya, kita boleh mereka laman web mengikut kreativiti kita sesuai dengan profil restoran kita.  Mengikut citarasa dan gaya masa kini. Restoran anda akan lebih menonjol dan tampak berbeza berbanding pesaing-pesaing anda yang lain.

Kesimpulan

Anda perlu hadap realitinya! Restoran anda wujud di pasaran yang sesak. Jika anda seorang pemilik perniagaan tempatan yang bersaing dengan restoran yang dikenali ramai, sangat penting untuk anda memiliki laman web untuk terus kekal relevan. Mereka mahu membaca menu anda, membuat tempahan dan mendapatkan lokasi restoran anda. Pengguna juga mahu membaca ulasan pengguna mengenai makanan dan minuman anda serta menilai suasana restoran anda. Sama ada anda target pelancong atau orang tempatan, anda perlu membina laman web yang mencerminkan jenama anda. 

Laman web ini adalah papan iklan yang tidak terbatas secara waktu dan geografi. Ia membantu anda mengumpul maklumat pengguna yang kemudian anda boleh gunakan untuk tujuan pemasaran. Laman web membantu anda berhubung dengan sesiapa sahaja menyediakan maklumat hubungan melalui e-mel, teks, tawaran Facebook dan banyak lagi. 

Membina laman web mungkin bukan sesuatu yang berkos rendah, tetapi sekiranya anda ingin melihat restoran anda menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda, anda perlu berusaha dengan melabur wang, masa dan tenaga sehingga ia berhasil. Tiada kejayaan yang dapat diperolehi dengan bersenang-senang. Laman web adalah jawapan bagi kejayaan restoran anda. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai ingin memulakan proses membina laman web untuk restoran anda sendiri, jangan malu dan segan untuk menghubungi kami. Kami sedia memberi anda panduan apakah yang patut anda lakukan selepas ini.

Hubungi kami sekarang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top