Laman Web Untuk Restoran - Tavernify

Pemilik Restoran! 6 Rahsia Mudah & Praktikal Untuk Tarik Pelanggan

Adakah anda mengalami masalah untuk mendapatkan pelanggan ke restoran anda? Ataupun anda sedang cari idea bagaimana ingin tarik lebih ramai pelanggan ke restoran anda?

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Daily Mail

Cabaran industri restoran makin bertambah setiap hari disebabkan bertambahnya bilangan restoran. Fenomena ini bukan di Malaysia sahaja, tetapi ianya berlaku di seluruh dunia.

Bagi anda yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini, kemunculan restoran-restoran baru di sekitar kejiranan anda pasti sedikit sebanyak menggugat prestasi restoran anda.

Sakit hati? Cemburu? Kecewa? Marah? Putus asa? – Inilah perasaan yang biasa menimpa pemilik-pemilik restoran apabila para pesaing cuba ‘mencuri’ pelanggan daripada mereka.

Tapi, tunggu dulu.. 

..jangan mengalah!

Kerana untuk bersaing mendapatkan pelanggan, tidaklah sesusah yang anda sangka. Mari kita lihat statistik ini: 

“45% makan di luar beberapa kali seminggu dan 20% sekurang-kurangnya sekali makan di luar dalam seminggu.” – ToastTab

Anda rasa peluang untuk dapatkan pelanggan sangat nipis ?

TIDAK sama sekali.

Terdapat banyak lagi peluang untuk anda tarik dan tambahkan bilangan pelanggan restoran anda.

Dengan strategi dan teknik yang betul, anda boleh tarik pelanggan untuk ‘jatuh cinta’ dengan restoran anda.  

Di sini kami ingin senaraikan idea untuk setiap restoran, sama ada kecil atau besar, untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai makan anda.

1. Ambil Gambar yang Menarik

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Pelanggan melakukan carian di internet terlebih dahulu sebelum mereka pergi ke sesebuah restoran. Mereka ingin tahu apakah restoran tersebut sediakan sama ada kena dengan selera mereka atau tidak. 

Di sini, gambar memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi perasaan sasaran pelanggan. 

Zaman sekarang tidak perlu lagi anda melabur duit ribuan ringgit untuk dapatkan kamera yang canggih ataupun jurugambar yang professional. Guna handphone pun boleh! 

Gambar-gambar yang anda tangkap harus dikongsikan di platform-platform online untuk menarik minat pelanggan datang ke restoran anda.

Bagaimana untuk tangkap gambar yang menarik?

Perkara paling utama yang anda perlu tekankan adalah pencahayaan.

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Michelle Brink

Percayalah, tanpa pencahayaan yang baik, gambar makanan anda akan kelihatan suram dan kurang menarik. Pelanggan perlu lihat setiap inci makanan tersebut.

Pilih tempat yang berhampiran dengan tingkap untuk pencahayaan semulajadi atau gunakan lampu yang terang sekiranya anda tidak mendapat pencahayaan daripada tingkap.

Tips: Pastikan meja restoran anda mempunyai hiasan dan susunan yang Instagram-worthy atau cantik apabila dilihat di dalam gambar.

Apa anda perlu buat?

  1. Sediakan hidangan (prop) anda. Pastikan tekstur hidangan anda kelihatan menarik untuk dilihat. Contoh, jika anda ingin ayam bakar anda kelihatan sedap, sapukan minyak di atasnya untuk mendapatkan tekstur kilat.
  2. Cari sumber pencahayaan terbaik di dalam restoran anda.
  3. Guna handphone yang mempunyai kualiti kamera yang tinggi. Jika boleh, cari handphone yang mempunyai fungsi potrait untuk memberikan kesan bokeh (kabur latar belakang) kepada gambar.
  4. Pastikan sudut penangkapan gambar tersebut menghasilkan imej makanan yang cantik. Sudut yang paling baik adalah dari pandangan pelan (atas) dan juga pandangan isometrik (3D). Tujuan utama mengambil sudut yang betul adalah untuk memberikan pengalaman atau imaginasi kepada pelanggan seolah-olah makanan itu sudah berada di depan mata mereka.
  5. Kongsikan gambar-gambar tersebut ke dalam laman web restoran dan laman media sosial anda.

2. Wifi Percuma

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Berdasarkan sebuah artikel karangan SmallBizTrends, 62% restoran melaporkan pelanggan yang duduk lebih lama, membuat pembelian 50% lebih banyak berbanding pelanggan biasa.

Ni belum termasuk berapa ramai orang yang tak nak masuk sama sekali restoran anda jika anda tidak memberi mereka Wifi percuma.

Kenapa perkara sebegini berlaku?

Bukan ke sepatutnya pelanggan datang hanya untuk makan sahaja? Kenapa perlu adanya Wifi ni?

Zaman sekarang, kita semua hidup dengan kehidupan yang saling berhubung antara satu sama lain – kebanyakan daripada kita pun tidak mungkin boleh tinggalkan rumah tanpa handphone kan?

Internet dan alat yang menggunakan internet untuk berhubung antara satu sama lain telah menjadi sebahagian daripada kepentingan hidup seperti elektrik dan air.

Bagi golongan muda, berdiskusi sambil bersantai bersama adalah kombinasi yang tak dapat dipisahkan. 

Mereka datang ke kedai makan anda bukanlah semata-mata untuk makan, tetapi juga untuk mengulang-kaji pelajaran bagi pelajar dan membuat pertemuan bisnes bagi ahli perniagaan. Kedua-dua aktiviti ini memerlukan sambungan ke internet!

Kalau pesaing anda mempunyai Wifi tetapi anda tidak, sudah pasti mereka akan pergi ke pesaing anda, walaupun makanan anda jauh lebih sedap daripada pesaing anda!

Kalau anda risau tentang kos akan anda tanggung, pakej Wifi zaman sekarang tidak semahal yang dulu. Bermula dengan RM139/bulan, anda boleh bekalkan Internet percuma ke seluruh restoran anda. 

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Unifi

Keuntungan yang anda perolehi sudah pasti dapat pulangkan modal anda semula dalam masa sehari sahaja! 

Pastikan anda memberi password Wifi kepada pelanggan anda melalui resit, papan tanda atau tuliskannya pada menu untuk memudahkan mereka mengakses Wifi anda.

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Dorzan Demircan

Ingat, pelanggan memerlukan satu sahaja sebab untuk tidak pergi ke restoran anda. Jadi, restoran anda wajib sediakan Wifi untuk menarik mereka datang ke restoran anda.

Tips: Anda boleh gunakan servis Social Media Login seperti FansWifi atau Beambox untuk pelanggan berdaftar menggunakan akaun media sosial mereka terlebih dahulu sebelum menggunakan Wifi restoran anda. Percuma database untuk bisnes anda! 

Apa anda perlu buat?

  1. Anggarkan berapa kapasiti (Mbps) anda perlukan berdasarkan sasaran bilangan pelanggan (Lagi ramai pelanggan, lebih besar kapasiti diperlukan)
  2. Daftar kedai makan anda dengan pembekal internet seperti Unifi atau Maxis
  3. Tunggu dalam beberapa hari sebelum pihak pembekal membuat pemasangan.
  4. Wifi anda sudah sedia untuk digunakan!

3. Simpan Handphone di dapur

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Eh kenapa kena ada handphone di dapur? Tak berminyak ke?

Tunggu dulu.

Mempunyai handphone di dapur tidak semestinya digunakan untuk aktiviti yang melekakan. Kami cadangkan ini adalah untuk memudahkan restoran anda berkongsi aktiviti-aktiviti restoran anda dengan sasaran pelanggan.

Pelanggan juga ingin tahu apakah yang terjadi di sebalik tabir setiap hidangan yang anda sediakan. Ini membina kepercayaan dan kredibiliti restoran anda sebagai sebuah restoran yang telus dan meyakinkan di mata pelanggan. 

Anda tahu tak pelanggan sebenarnya takut ke restoran anda?

Kebanyakan pelanggan takut untuk ke sesebuah kedai makan akibat ketidakpastian mereka tentang apa yang berlaku sebelum makanan mereka dihidangkan. 

Kebersihan, cara penyediaan, bahan-bahan yang digunakan, atau tukang masak adalah antara faktor utama menentukan seseorang pelanggan itu untuk makan di restoran anda.

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Trip Advisor

Lagipun, gambar dan video adalah content yang paling mudah untuk disampaikan kepada pelanggan. Hanya beberapa klik sahaja content tersebut boleh digunakan untuk tarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran anda!

Tips: Pastikan anda kawal penggunaan handphone terhad untuk kegunaan perkongsian untuk tujuan bisnes sahaja. Tidak perlu cari handphone mahal pun. Cukup sekadar boleh rakam video, tangkap gambar dan menggunakan aplikasi laman media sosial dan internet. Boleh dapat serendah RM299 tau!

Apa anda perlu buat?

  1. Dapatkan sebuah handphone pintar atau smartphone.
  2. Beli simkad pada harga bulanan yang rendah (1GB sudah mencukupi)
  3. Muat turun aplikasi-aplikasi seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain jika perlu.
  4. Tangkap gambar dan rekod video hidangan dan aktiviti-aktiviti di dapur.
  5. Muat naik segala gambar dan video tersebut ke laman web restoran atau laman media sosial anda.

4. Memiliki Laman Web Restoran

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Berdasarkan Powerdia, lebih dari 70% pengguna memilih untuk melihat menu restoran pada laman web restoran mereka terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk makan di tempat mereka. 

Dengan statistik ini, adakah restoran anda mampu untuk mengalami kerugian tersebut jika restoran anda tidak mempunyai laman web sendiri? 

Jawapan yang biasa kami terima daripada pemilik restoran adalah seperti “Kami dah bertahun-tahun dalam industri restoran ni dan tiada masalah apa pun, kenapa sekarang kami perlu ada laman web restoran pulak?” ataupun, “Kami memang dah ada laman web, tapi rakan kami yang buat, percuma jer… Tapi tak pernah pulak laman web kami ni macam tak memberi pulangan apa-apa pun?”

Jawapan kami pula?

Jawapan kami TIDAK SAMA SEKALI. Kerugian yang ditanggung akibat tidak mewujudkan restoran di internet adalah sangat membinasakan. 

Kenapa? 

Industri restoran yang dahulu tidak sama seperti sekarang. Jika dulu anda edarkan flyers sasaran pelanggan boleh terpengaruh. Sekarang? Tidak lagi. Kerana segalanya sudah berubah menjadi online.

Flyers versi online adalah laman web. Tujuan flyers dan laman web adalah sama, iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada si pembaca. Perbezaannya pula adalah laman web restoran lebih efektif dan menjimatkan kos dan tenaga perniagaan anda.

Nak tau kenapa? Anda boleh dapat Salesman bekerja 24 Jam dan 7 Hari seminggu untuk restoran anda!

Wow! Macam mana tu?

Laman web restoran adalah salesman anda 24/7 yang sentiasa memberi maklumat kepada pelanggan untuk tarik mereka datang ke restoran anda. 

Jika restoran anda kekurangan pelanggan atau anda rasa perniagaan restoran anda tengah perlahan, maknanya restoran anda tidak mempunyai tarikan atau ‘branding’ yang kuat lagi di mata pelanggan. 

Memiliki laman web sendiri bukan sahaja membina kredibiliti dan jenama anda sebagai restoran yang profesional, ia juga akan memberi imej yang ‘gah’ di mata pelanggan.

Untuk membina laman web restoran, anda boleh sama ada ingin mencari web designer yang pakar dalam rekaan laman web restoran ataupun anda boleh binanya sendiri.

Tips: Pastikan anda memilih web designer yang mahir dan pakar tentang perniagaan F&B di Malaysia. Pastikan mereka tahu tentang selok-belok dalam membina laman web restoran yang sesuai dan mampu untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran anda. Jangan melabur wang ringgit anda pada tempat yang salah. 

Dapatkan laman web restoran anda sekarang >>

Apa perlu anda buat? (Upah Designer)

  1. Bincang dengan team anda tentang informasi yang ingin disampaikan di laman web restoran anda.
  2. Sediakan bajet yang sepatutnya – RM2000+ (Harga Pasaran) untuk mengupah designer.
  3. Berikan mereka informasi tentang perniagaan dan konsep laman web yang diinginkan.
  4. Sebarang pembetulan pada laman web boleh dibuat sebelum pengakhiran projek tersebut.
  5. Untuk optimasi SEO (Carian Google) dan juga Kelajuan laman web, kebiasaannya akan dimasukkan sekali dengan harga design. Jika tidak, pastikan anda sediakan bajet yang lain untuk kedua-dua optimasi ini.

Apa perlu anda buat? (Bina Sendiri)

  1. Bincang dengan team anda tentang informasi yang ingin disampaikan di laman web restoran anda.
  2. Cari pembekal Domain name untuk nama laman web anda (www.namarestorananda.com) seperti GoDaddy atau NameCheap.
  3. Cari pembekal Hosting untuk menyimpan segala data laman web anda seperti Siteground, Exabytes, atau Serverfreak.
  4. Sambungkan Domain tersebut dengan Hosting melalui Nameserver atau DNS Pointing.
  5. Muat turun WordPress atau gunakan WordPress One-Click Install.
  6. Guna Themes dan Plugins untuk mulakan proses design laman web anda.

Langkah-langkah di atas tak seberapa jelas untuk difahami? Hubungi kami di sini. Kami sudi membantu untuk menerangkannya kepada anda.

5. Bina Kepercayaan Pelanggan (Sistem Funnel)

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Dah ada laman web? Maka proses anda akan lebih mudah untuk membina kepercayaan pelanggan. 

Tetapi jika anda belum ada laman web pun tidak mengapa, anda masih lagi boleh bina kepercayaan melalui Facebook atau Instagram, kita akan bincang lebih lanjut pada poin seterusnya.

Nak tau apa cara cepat untuk bina kepercayaan pelanggan?

Antara teknik yang paling mudah untuk membina kepercayaan pelanggan melalui adalah dengan menggunakan teknik yang diajar oleh Digital Marketer (DM) iaitu Customer Value Journey

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: Aweber

Secara pendeknya, teknik ini mengajar anda untuk membina sebuah marketing funnel (perjalanan prospek dari pertama kali mereka mendengar atau melihat jenama restoran anda sehingga menjadi pelanggan tetap anda) yang lengkap secara berperingkat

Peringkat tersebut adalah

  1. Awareness (Kesedaran)
    • Pastikan prospek sedar mereka mempunyai masalah dan anda mempunyai penyelesaian.
  2. Consideration (Penilaian)
    • Prospek mempunyai pelbagai pilihan di luar sana. Pastikan hanya anda sahaja boleh menyelesaikan masalah mereka.
  3. Conversion (Penukaran)
    • Prospek berminat untuk menggunakan servis atau makan di restoran anda. Pastikan anda beri mereka motivasi untuk datang ke restoran anda seperti penggunaan kupon atau promosi hebat.

Akhirnya menjadi pelanggan tetap (loyalty) dan menggalakkan rakan-rakan dan keluarga untuk pergi ke restoran anda juga (advocacy).

Nak baca lebih lanjut tentang peringkat funnel di atas? Baca di sini: 

Eh. Tapi kenapa berperingkat? 

Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh antara universiti bisnes yang terbaik di dunia, University of Harvard,

“57% daripada pelanggan melalui pelbagai proses mendapatkan informasi sebelum mereka bersedia untuk bercakap dengan jurujual” – Harvard Business Review

Maknanya, pelanggan akan lalui pelbagai proses mendapatkan informasi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian.

Apa perlu anda buat?

  1. Cari masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda. Anda boleh menggunakan survey orang awam, tanyakan pada rakan-rakan, menggunakan keywords planner atau menggunakan pelanggan anda sedia sahaja.
  2. Rangka solusi yang mampu diberikan oleh restoran anda. 
  3. Tulis artikel berkaitan solusi tersebut pada blog laman web restoran anda. Jika anda tidak memiliki laman web, anda boleh gunakan laman media sosial untuk berkongsi artikel tersebut.
  4. Gunakan platform seperti Facebook & Instagram Ads (Penerangan lebih lanjut pada poin seterusnya) untuk menyebarkan artikel tersebut kepada sasaran pelanggan anda.
  5. Fikirkan sebuah promosi yang boleh ditawarkan sekiranya sasaran pelanggan tersebut berdaftar (memberikan informasi) kepada anda.
  6. Pastikan laman web anda mempunyai sistem pop-up untuk mereka memasukkan informasi mereka sekiranya mereka berminat untuk berdaftar dengan promosi anda.
  7. Rancang pelan email marketing untuk mempromosikan kupon atau tawaran restoran anda kepada pelanggan.
  8. Teruskan Facebook & Instagram Ads sehingga mendapat jumlah pendaftaran yang mencukupi bagi pihak restoran anda.

6. Facebook & Instagram Ads

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Dah ada laman web sendiri? Artikel pun dah ada? 

Bagaimana pula anda nak hubungkan setiap peringkat funnel tersebut supaya sasaran pelanggan anda akhirnya mereka berubah menjadi pelanggan tetap anda?

Haa..

Di sinilah di mana kegunaan Facebook & Instagram Ads terserlah.

Tapi… 

..kenapa kami sebut dua ini sahaja tetapi bukan laman media sosial yang lain?

Untuk industri F&B, kedua-dua platform ini adalah tempat yang paling sesuai untuk membuat perkongsian. 

Selain daripada mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar berbanding platform-platform yang lain, Facebook & Instagram Ads mempunyai dioptimasikan untuk pengiklanan imej dan video. 

Yang mana kedua-duanya jenis pengiklanan ini sangat efektif untuk industri restoran!

Kenali teknik berbisa untuk tarik pelanggan daripada yang pakar!

Jika anda berminat untuk mempelajari lebih mendalam tentang pengiklanan di Facebook dan Instagram, anda boleh pelajari daripada mereka yang pakar di peringkat antarabangsa seperti Molly Pittman, Jon Loomer Digital, Billy Gene, atau lain-lain. 

Kebanyakan dari sifu-sifu di Malaysia ni pun tuntut daripada mereka tau!

Jika anda berminat dengan sifu-sifu di Malaysia, anda boleh ikuti SifuFBAds, NajibAssadok atau FirdausAzizi.

Jadi…

..nak tau apa teknik yang berbisa kami sebut tadi?

Kejar sasaran pelanggan anda sampai dapat!

Apa tu?

Ia adalah teknik yang terbukti berkesan di seluruh dunia yang dikenali sebagai teknik Customer Value Optimization, yang juga daripada Digital Marketer. 

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify
Kredit: DigitalMarketer


Sistem ini menerangkan bagaimana anda boleh secara terus menerus (Follow-up) memberi nilai yang terbaik kepada pelanggan anda.

Di dalam Facebook dan Instagram, sistem ini dikenali sebagai Retargetting dengan menggunakan Facebook Pixel.

laman web untuk restoran | cara tarik pelanggan dengan mudah dan praktikal | tavernify

Sekiranya anda menggunakan teknik retargetting yang betul, anda boleh menukar setiap pelawat laman web atau laman media sosial anda menjadi pelanggan anda! 

Ini adalah kerana setiap kali pelawat datang ke laman web restoran anda, Facebook merekod setiap aktiviti pelawat tersebut di laman web anda. Dengan rekod (Custom Conversion) ini, anda boleh follow-up mereka dengan menggunakan Facebook atau Instagram Ads untuk retarget mereka dengan iklan tertentu.

Di bawah kami akan ajar anda bagaimana anda boleh bawa sasaran pelanggan anda ke peringkat Awareness > Evaluation > Conversion menggunakan Facebook Ads.

Apa perlu anda buat?

  1. Minta designer anda masukkan kod Facebook Pixel ke dalam laman web restoran anda. 
  2. Jika anda tidak mempunyai laman web, tulis content yang sesuai dengan peringkat pelanggan anda di dalam Sistem Funnel tersebut di dalam bentuk Facebook Posting. Kemudian bina Custom Audience berdasarkan Facebook Posting tersebut.
  3. Tulis artikel dan masukkan ke dalam blog laman web anda. Bina Custom Audience untuk URL artikel tersebut untuk kegunaan Funnel peringkat Awareness
  4. Buat Facebook Ads untuk artikel tersebut dan lihat perkembangan Custom Conversion anda. 
  5. Setelah anda membina Facebook Custom Conversion untuk artikel blog laman web anda, anda boleh guna teknik retargetting dengan membuat sebuah lagi Facebook Ads menyasarkan Custom Audience tersebut untuk kegunaan Funnel peringkat Evaluation.
  6. Bina sebuah lagi Facebook Custom Audience untuk Retargetting Facebook Ads pada Langkah 5 untuk kegunaan Funnel peringkat Conversion pula.

Kesimpulan

Dengan mengamalkan setiap 6 cara mudah dan praktikal untuk tarik pelanggan ke restoran anda seperti yang dibincangkan di atas, kami jamin anda akan lihat pertambahan bilangan pelanggan yang datang ke restoran anda.

Adakah informasi yang kami berikan terlampau banyak untuk hadam? Taktau macam mana nak mulakan? Kami sedia menjawab segala persoalan anda! 

Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang segala persoalan yang bermain di minda anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top